suria

Bukit Aman Sahkan Serbuan Di Pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun
PETALING JAYA: Bukit Aman mengesahkan serbuan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Pengarah Cawangan Khas Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun menafikan penglibatan pegawainya yang dikatakan telah melakukan serbuan berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kami tidak terlibat kerana siasatan terhadap 1MDB diketuai oleh Jabatan Siasatan Jenayah.

"Tidak banyak yang saya boleh komen berhubung artikel yang diterbitkan di portal 'online' tetapi satu perkara yang saya tahu ialah, fakta-faktanya adalah salah," katanya kepada The Star pada Ahad.

Sumber berkata, polis menyerbu rumah Ahmad Sazilee di Presint 11 di Putrajaya dan kemudiannya di pejabatnya di Bahagian Operasi Khas SPRM, Presint 3 kira-kira pukul 8 malam, Sabtu.

Fail berkaitan 1MDB dan bekas anak syarikat SRC International serta komputer riba telah dirampas.

Terdahulu, Ahmad Sazilee, bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, ahli sekretariat kewangan dan pengubahan wang haram Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur ditahan bagi membantu siasatan polis melibatkan editor Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown.

Artikel Lain