suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laungan 'Hidup Tan Sri' Sambut Muhyiddin Di Kluang

KLUANG: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sambutan seperti seorang wira ketika hadir ke majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Umno Bahagian Kluang pada Ahad.

Segak berbaju Melayu merah hati, Muhyiddin yang baharu digugurkan daripada Kabinet disambut dengan laungan 'Hidup Tan Sri' dan tepukan gemuruh.

Kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu mencuri tumpuan perwakilan Umno Bahagian Kluang yang dilihat cuba bersalaman dan merakamkan gambar kenangan.

Hadir sama ialah isterinya, Puan Sri Noraini Abdul Rahman.

Kehadiran Muhyiddin dan isteri disambut Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kluang yang diketuai Ketuanya, Md Jais Sarday.

Turut dilihat hadir ialah Timbalan Pengerusi Tetap Umno yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz.

Umno Kluang merupakan bahagian pertama yang dihadiri Muhyiddin selepas digugurkan daripada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lalu.

Sebelum ini Umno Bahagian Raub di Pahang dan Sungai Besar di Selangor membatalkan jemputan terhadap Muhyiddin bagi merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing sejurus digugurkan daripada Kabinet Pesekutuan.

Artikel Lain