suria

Insiden Low Yat: Empat Jurujual Telefon Bimbit Ditahan

PETALING JAYA: Empat jurujual telefon bimbit ditahan polis berkaitan insiden kekecohan di Plaza Low Yat dengan 30 yang lain turut dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Datuk Zainuddin Ahmad berkata 30 individu turut disiasat untuk mengenal pasti beberapa penyerang dalam insiden kekecohan pada malam Ahad lalu.

"Empat lagi jurujual lain ditahan untuk membantu siasatan berkaitan insiden kekecohan itu," katanya.

Zainuddin berkata terdapat sejumlah 22 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menahan Mohd Ali Baharom yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, awal pagi Selasa.

Kehadiran polis untuk membawa bersama 30 individu mencetuskan sedikit rasa panik di pusat membeli-belah itu.

Menurut saksi, polis mula membawa bersama pekerja dari pelbagai kedai, memaksa beberapa kedai ditutup.

Mereka yang dibawa bersama polis tadi kemudiannya dibebaskan dan kembali ke pusat membeli-belah itu.


Plaza Low Yat

Artikel Lain