suria

CEO CIMB Islamic Bank Letak Jawatan

Badlisyah Abdul Ghani.

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd pada Selasa mengumumkan Badlisyah Abdul Ghani akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank, berkuatkuasa Ogos.

Menurut kenyataan CIMB Islamic Bank kepada Bursa Malaysia, ia memilih Mohd Shafri Shahul Hamid sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap bank itu dan bersetuju supaya Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan kumpulan memulakan proses mengenal pasti CEO baharu untuk bank berkenaan.

"Kami menghormati keputusan Badlisyah," kata Pengerusi CIMB Islamic Bank Datuk Dr Syed Muhammad Syed A Kadir.

Artikel Lain