suria

BTN Perlu Dirombak - G25

Datuk Noor Farida Ariffin
PETALING JAYA: Biro Tata Negara (BTN) perlu dirombak kerana ia melemahkan kepelbagaian budaya di negara ini, kata Kumpulan 25 Melayu Terkemuka (G25).

Penyelarasnya, Datuk Noor Farida Ariffin berkata biro itu tidak diwujudkan untuk bersifat perkauman dan menggesa kerajaan supaya menangani isu itu.

Beliau berkata perlu ada pertukaran kakitangan dan kokurikulum di BTN dan ia perlu diberi perhatian serius.

"Ia tidak pernah diwujudkan untuk menjadi seperti ini, ia diwujudkan untuk pelbagai kaum dan menyeronokkan. Semua orang mengetahuinya sejak akhir 1980-an, ia telah berubah.

"Caranya seperti itu tidak boleh terus diteruskan pada masa ini," katanya kepada The Star Online pada Sabtu sebagai tindak balas kepada dakwaan bahawa surat terbuka oleh G25 telah menyebabkan kumpulan liberal dan pluralis bersuara.

Dakwaan-dakwaan tersebut dibuat dalam slaid yang dimuat naik di laman web BTN pada Mac tetapi dipadam minggu lalu selepas ia tersebar secara meluas di media sosial.

Apabila ditanya tentang perasaanya ketika mula-mula mengetahui tentang slaid tersebut, Faridah berkata beliau seakan tidak percaya.

"Oh Tuhan! Saya tidak tahu untuk ketawa atau menangis. Sukar dipercayai bagaimana mereka boleh tampil dengan membuat semua kesimpulan seperti ini," katanya.

Slaid itu juga berkata, disebabkan ahli G25 telah mendapat pendidikan pada tahun 1960-an dan 1970-an, mereka telah dipengaruhi oleh sosialisme.

"Kami pergi ke sekolah kerajaan, jadi bagaimanakah mereka mendapat kesimpulan bahawa kami sosialis?" tanya Faridah.

BTN juga berkata G25 adalah bermotifkan politik, memetik peranan Faridah dalam isu wilayah Pulau Batu Putih apabila beliau menjadi duta ke Belanda.

"Apa sudah jadi dengan mereka? Saya rasa mereka mempunyai tahap IQ yang rendah. Mereka tidak mampu menganalisis dan tidak mempunyai kemahiran berfikir secara jelas, " katanya.

BTN, G25, Datuk Noor Farida Ariffin

Artikel Lain