suria

Jabatan Negara AS Puji Usaha Malaysia Perjuang Anti-Keganasan

- Gambar hiasan
PETALING JAYA: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memuji Malaysia dalam usahanya memerangi ancaman keganasan, terutamanya pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS) dan pengganas asing.

Dalam Laporan Negara mengenai Keganasan 2014, menyebut bahawa undang-undang Malaysia sebagai dapat membendung ancaman keganasan dan komitmennya ke arah mengukuhkan keselamatan sempadan untuk mengelakkan transit pengganas.

"Sistem undang-undang Malaysia yang sedia ada mampu menghalang plot pengganas sebelum ia dijalankan, dan sebelum pejuang pergi ke konflik negara asing.

"Malaysia terus menyertai program Bantuan Jabatan Anti-Keganasan negara, dengan program-program yang memberi tumpuan kepada pengukuhan keupayaan penguatkuasaan undang-undang untuk menjamin sempadan Malaysia daripada menjadi transit pengganas," kata laporan itu, yang telah disiarkan pada Sabtu.

Biro Anti-keganasan, yang juga menyediakan laporan tahunan untuk Kongres berkata Malaysia bukanlah tempat selamat untuk pengganas.

Walau bagaimanapun, ia berkata Malaysia mempunyai sebab untuk mengambil berat tentang aktiviti-aktiviti kumpulan pelampau keganasan yang beroperasi di kawasan terpencil di laut Sulawesi bersempadan dengan Kepulauan Sulu dan Selatan Filipina.

Kawasan tersebut telah disenaraikan sebagai kawasan perlindungan selamat bagi pengganas di dalam laporan tahunan, kerana ia merupakan kawasan luas yang sukar untuk dikawal.

"Walaupun Indonesia, Malaysia, dan Filipina telah meningkatkan usaha untuk mengawal sempadan maritim mereka yang dikongsi bersama - termasuk melalui usaha yang dibiayai AS untuk meningkatkan kesedaran domain di perairan selatan dan barat daya Mindanao, kawasannya yang luas kekal sebagai kawasan yang sukar untuk dikawal," katanya.

Salah satu cabaran besar bagi Malaysia adalah mengukuhkan kerjasama di antara agensi-agensi penguatkuasaan dan pendakwa dari awal lagi siasatan kerana pihak berkuasa tidak dapat memfailkan pendakwaan terhadap hampir separuh daripada tangkapan berkaitan keganasan.

"Kerajaan AS menjalankan bengkel selama tiga hari kepada lebih 60 polis dan pendakwa yang direka untuk menggalakkan kerjasama lebih besar dalam siasatan proaktif dan pendakwaan kes-kes keganasan Malaysia," kata biro itu.

Ia berkata Malaysia berusaha untuk meningkatkan kerjasama di antara agensi melalui perkongsian maklumat dan penyertaan dalam mesyuarat-mesyuarat serantau.

Ia berkata rangka kerja yang dibangunkan Malaysia untuk menangani pembiayaan keganasan, menunjukkan kebimbangan bahawa negara ini menjadi hab kewangan pengganas.

"Malaysia telah mengambil langkah yang kukuh pada tahun 2014 untuk menangani dan mengurangkan wang daripada perniagaan yang tidak dibenarkan, termasuk satu siri serbuan pada November (tahun lepas)," kata laporan itu.

Laporan Negara berkaitan Keganasan adalah laporan tahunan yang disediakan di bawah Tajuk 22 Kod Amerika Syarikat, Seksyen 2656f (Akta), yang memerlukan Jabatan Negara untuk menyediakan Kongres dengan laporan lengkap mengenai keganasan untuk negara-negara dan kumpulan yang memenuhi kriteria Akta.

Artikel Sebelum

Artikel Lain