suria

Dituduh Ekstrim, Kumpulan Indie Tuntut BTN Mohon Maaf

PETALING JAYA: Sekumpulan penulis dan penerbit buku Melayu bebas menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Biro Tata Negara (BTN) kerana menuduhnya sebagai 'ekstrim' dan memberi kesan negatif ke atas kerajaan menerusi slaid modul pengajaran BTN.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, kumpulan itu berkata akan mengambil tindakan terhadap BTN jika biro itu tidak memberikan tindak balas dalam masa dua minggu.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Merpati Jingga, Thukul Cetak, Du Book Press, Grup Buku Jalanan, Frinjan dan penulis Benz Ali dan Melati Rahim.

Kumpulan itu juga menafikan dakwaan bahawa mereka adalah pro-pembangkang, mengatakan bahawa 'indie' bermaksud tidak terikat kepada mana-mana institusi.

"Penulis bebas bukan sahaja menerbitkan buku-buku mereka sendiri tetapi juga bekerja rapat dengan para editor bebas dan pereka grafik. Menurut BTN, maksud indie memberi gambaran bahawa kita membawa pengaruh buruk kepada negara," kata kumpulan itu.

Dalam gambar slaid yang dimuat naik di laman webnya, Jabatan Penyelidikan dan Penerbitan BTN berkata gerakan indie yang wujud sejak tahun 2000 itu adalah anti-penubuhan.

Ia menyenaraikan sembilan penerbit, termasuk Merpati Jingga, dan menamakan enam individu sebagai pemain utama dalam 'kumpulan indie'.

BTN juga menyenaraikan acara yang dianjurkan oleh kumpulan itu.

Ia juga mendakwa bahawa 'kumpulan indie' mempunyai ramai pengikut senyap yang akan membawa kesan negatif kepada Kerajaan kerana mereka kini bergerak bebas tanpa dipantau oleh pihak berkuasa.

Slaid itu telah dimuat naik ke dalam laman web www.btn.gov.my pada Mac sebelum dipadam minggu lepas.

Kumpulan indie itu, bagaimanapun, menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Menteri Belia dan Sukan telah dijemput untuk dua acara - KULOMPO KITA PUNYA dan Eksotika yang dianjurkan pada tahun lepas.

"Bagaimanakah acar-acara ini dikatakan mempunyai kesan negatif ke atas Kerajaan?" soalnya.

Kumpulan indie ini mengandaikan bahawa BTN telah membuat tuduhan melulu tanpa banyak membuat penyelidikan dan menuntut permohonan maaf secara terbuka.

"Jika BTN tidak menarik balik modul pengajaran dan mengakui kesilapannya, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya. Kami memberikan mereka 14 hari untuk bertindak, " katanya.

indie, BTN, Merpati Jingga

Artikel Lain