suria

Tiga Parti Dalam PR Tak Berprinsip & Tak Bertanggungjawab - MCA

PETALING JAYA: MCA menuduh rakan sekutu dalam pembangkang 'tidak berprinsip' dan 'tidak bertanggungjawab' terhadap apa yang dipanggil pentadbiran gaya baharu mereka berikutan kejatuhan pakatan.

Timbalan Ketua Setiausaha parti Datuk Wee Jeck Seng berkata, PKR, DAP dan PAS telah mentafsir status politik mereka secara berbeza dengan meletakkan kepentingan sendiri di atas rakyat, untuk terus berkuasa.

"Muktamar PAS baru-baru ini membuat kesimpulan meluluskan resolusi untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertindak balas dengan mengisytiharkan bahawa Pakatan tidak lagi wujud.

"Tetapi Azmin Ali mendakwa Pakatan masih hidup.

"Mereka lebih berminat terhadap sama ada mereka masih boleh mempertahankan kuasa mereka," kata Jeck Seng dalam satu kenyataan Sabtu.

Beliau berkata GUan Eng juga mengamalkan 'pendekatan double-standard' apabila beliau berkata DAP dan PAS telah berpisah, tetapi pada masa yang sama mengiktiraf wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri.

Jeck Seng berkata meskipun pengakuan Guan Eng bahawa Pakatan sudah tidak wujud, kerajaan Selangor masih berfungsi dengan gabungan tiga parti.

"Ini yang dipanggil sebagai gaya baharu gabungan ini adalah tidak lebih daripada untuk membolehkan mereka terus berkuasa tanpa mengambil sebarang tanggungjawab terhadap percanggahan dengan rakan lain.

"Sebagai contoh, DAP tidak lagi perlu untuk bertanggungjawab ke atas apa jua dasar tidak baik yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan kerana Pakatan telah diisytiharkan tidak sah, sedangkan DAP terus bekerjasama dengan PAS di Pulau Pinang dan Selangor.

"Ini menunjukkan betapa tidak berprinsip dan tidak bertanggungjawabnya ketiga- tiga parti," katanya.
Datuk Wee Jeck Seng

Artikel Lain