suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perhimpunan Di Johor Tuntut Nazri Letak Jawatan

JOHOR BAHRU: Beratus-ratus rakyat Johor menuntut agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meletak jawatan.

Ahli-ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Istana Bukit Serene, Selasa, bagi menunjukkan kasih sayang dan sokongan mereka terhadap Sultan Johor dengan melaungkan 'Daulat Tuanku' dan 'Hidup Rakyat Johor'.

Penyokong menggesa Nazri meletak jawatan sebagai menteri kerana membuat kenyataan biadap terhadap institusi Diraja.

Kumpulan tersebut dijangka menyerahkan memorandum kepada pegawai-pegawai istana bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Sultan dan kerabat diraja Johor.

Ketua Biro Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Abdullah Md Yusof berkata Nazri tidak mempunyai hak untuk mencabar kerabat diraja.



"Kami rakyat Johor berasa bahawa beliau (Nazri) perlu memahami hak-hak institusi Diraja dan dia perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Johor.

"Nazri perlu meletakkan jawatan sebagai menteri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan istana sini.

Beliau juga berkata bahawa lebih ramai orang dijangka akan berhimpun di kawasan itu dalam tempoh beberapa jam akan datang untuk menunjukkan sokongan mereka.


Artikel Lain