suria

Kem Maut: Shahidan Minta Penduduk Tempatan Tampil Jadi Saksi

Shahidan Kassim (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Rizani Che Ani (kiri) mengenai gambar-gambar keadaan kem pemerdagangan manusia ketika melawat ke Markas Taktikal (Martek) Wang Kelian pada Ahad. Foto BERNAMA

WANG KELIAN (Perlis): Penduduk kampung dan warga tempatan yang mungkin pernah membantu sindiket pemerdagangan manusia diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ini termasuk sekiranya mereka menerima wang untuk menjalankan urusan untuk pedagang haram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan bahawa mereka yang memberikan kerjasama tidak akan berdepan dengan masalah.

"Kita mahu mereka menjadi saksi.

"Jadi, kita mahu mereka untuk tampil dan beritahu kita apa yang mereka tahu," katanya pada sidang media di markas taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, Ahad.

Pihak berkuasa pada minggu lalu menemui 139 kubur di 28 kem transit pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.

Setakat ini, 35 mayat berjaya dibawa keluar.

Artikel Lain