suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Perlu Dekati Rakyat, Perjelas Isu Berbangkit - KJ

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta supaya mendekati rakyat dan memberi penjelasan berhubung pelbagai isu yang berbangkit.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, presiden parti itu juga seharusnya memberikan penjelasan sebagai pencerahan kepada semua ahli supaya tidak wujud kesangsian di kalangan mereka.

Menurutnya, semua pihak dalam Pemuda Umno juga tidak seharusnya berada dalam sindrom penafian walaupun percaya setiap masalah yang dihadapi pada hari ini dapat diatasi.

"Pemuda Umno berharap presiden parti terus mendekati rakyat dan memberi penjelasan kepada isu-isu berbangkit dari semasa ke semasa kepada rakyat dan juga segenap lapisan Ummo.

"Langkah presiden pada hari ini (Isnin) untuk memberi pencerahan sendiri kepada Pemuda Umno amat dialu-alukan," katanya katanya pada sidang media selepas perjumpaan ketua-ketua Pemuda Ummo bahagian bersama presiden parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Khairy berkata, antara isu berbangkit yang perlu diperjelaskan oleh presiden parti adalah mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pembelian jet kerajaan, jambatan bengkok, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta kedudukan politik dan ekonomi semasa.

Ditanya adakah Najib perlu turun padang bertemu dengan rakyat untuk memberikan lebih penjelasan, Khairy berkata, ia merupakan langkah pertama selepas wawancara khas bersama TV3 minggu lalu, pertemuan bersama sayap parti. 

Menurut Khairy, presiden ada menyebut bahawa beliau bertanggungjawab kepada rakyat dan parti, bukan kepada mana-mana individu. 

"Presiden kata 'kalau saya bertanggungjawab kepada rakyat dan parti, saya akan menjawab kepada rakyat dan parti', dan kita anggap ia merupakan pendirian yang betul bahawa presiden ada keyakinan untuk turun ke bawah dan menjelaskan isu-isu ini dari semasa ke semasa," katanya. 

Artikel Lain