Siasatan Terhadap Tun M Dijalankan Secara Berhati-Hati - Wan Junaidi - Semasa | mStar

Siasatan Terhadap Tun M Dijalankan Secara Berhati-Hati - Wan Junaidi

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR: Jika pihak berkuasa memutuskan untuk menjalankan siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, ia akan dilakukan dengan berhati-hati, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkata, siasatan itu juga akan dijalankan secara senyap tanpa sebarang publisiti bagi menghormati bekas Perdana Menteri itu.

"Perlu diingat, Tun M adalah bekas Perdana Menteri dan dengan itu kita perlu menghormati beliau.

"Malahan, jika siasatan dijalankan sekali pun, ia akan dilakukan secara berhati-hati sebagai tanda hormat kepadanya.

"Bagaimanapun pihak polis akan melakukan apa yang perlu kerana tiada siapa terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang, sama ada kamu atau saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.

Sebelum ini, dilaporkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan polis di Rembau, Kuantan dan Hulu Selangor menggesa siasatan dijalankan terhadap Dr Mahathir kerana menghasut berhubung komennya mengenai pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Artikel Berikut

KJ Gesa PM Cepatkan Siasatan 1MDB

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

Maut terlebih makan durian