suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tony Pua Boleh Bersedia Untuk Beri Penjelasan Berhubung Tweet 'Diraja'

Tony Pua
PETALING JAYA: Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, mungkin boleh bersedia untuk disoal siasat berhubung tweet beliau selepas penahanan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

"@PDRMsia akan panggil YB ini menjelaskan apa maksud beliau dgn 'Royal my foot'. Adakah ditujukan kpd Raja2 Melayu?," Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis di Twitter @KBAB51 pada Isnin.

Pua, yang merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini menulis di Twitter: "Bastards. Real Bastards. Royal my foot," bersama-sama dengan pautan ke artikel mengenai penangkapan Nurul Izzah.

'Posting' tersebut kini telah disunting dan hanya dapat dibaca sebagai 'Bastards'. Pua tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Nurul Izzah telah ditahan semalaman di Balai Polis Jinjang di bawah Akta Hasutan.

Pendengaran reman beliau dijangka diadakan pada pukul 10 pagi Selasa.

Beliau didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan ketika menyampaikan ucapan di Parlimen bagi pihak bapanya, Ketua Pembangkang Datuk Seri penjara Anwar Ibrahim, Selasa lepas.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ditahan di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 3.30 petang Isnin selepas memberi keterangan berhubung himpunan "Kita Lawan" pada 7 Mac.

Artikel Lain