suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemungkinan Individu Pengaruhi Nilai Ringgit Adalah Kecil - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Kemungkinan seseorang mempengaruhi nilai ringgit bertujuan mensabotaj ekonomi negara adalah kecil kerana aktiviti purata harian bagi pasaran ringgit melibatkan jumlah transaksi yang amat besar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa tahun lalu saja aktiviti purata harian bagi pasaran ringgit berjumlah AS$11.8 bilion (RM43.71 bilion).

"Jika berdasarkan jumlah transaksi yang begitu besar, kemungkinan bagi seorang individu untuk pengaruhi nilai ringgit adalah amat kecil," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang diedarkan di lobi Parlimen, di sini Isnin.

Lim bertanya mengenai laporan beberapa blog yang mendakwa terdapat individu terlibat dalam memanipulasikan mata wang untuk keuntungan peribadi dan mensabotaj ekonomi negara.

Najib menegaskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai peruntukan undang-undang berkaitan bagi menghalang sebarang aktiviti spekulasi terhadap ringgit.

"Dalam keadaan pergerakan nilai mata wang ringgit sedia ada, ekonomi negara tidak tergugat dengan aktiviti sabotaj kewangan atau ekonomi sebegini kerana ekonomi kekal berada pada landasan pertumbuhan yang mapan," katanya.

Artikel Lain