suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat ACJ320 Ganti Boeing Business Jet Yang Berusia 16 Tahun - JPM

Pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320).
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri pada Isnin menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.

JPM dalam satu kenyataan di sini berkata kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli di Parlimen pada Isnin bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.

Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM.
ACJ320, BBJ, Rafizi Ramli, JPM

Artikel Lain