suria

Permohonan Reman Ditolak, Setiausaha Agung PSM Akan Dibebaskan

S. Arutchelvan
PETALING JAYA: Permohonan untuk menahan reman Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan selama empat hari berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan telah ditolak pada Jumaat.

Beliau akan dikeluarkan dari Balai Polis Dang Wangi pada pukul 7 malam, selepas majistret Muzlina Mohamad Jamil menolak permohonan polis untuk menahan reman beliau selama empat hari.

Ketua Pemuda PSM K.S. Bawani, yang merupakan salah seorang peguam yang mewakili Arutchelvan mengesahkan pembebasan ketika dihubungi.

"Arul akan dibebaskan pada pukul 7 malam," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa Arutchelvan akan dibebaskan dengan jaminan polis lewat petang ini.

"Kes ini masih berterusan.

"Beliau akan dipanggil ke balai polis yang ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut keadaan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Polis menahan Arutchelvan di rumahnya di Kajang pada petang Khamis dan merampas komputer, modem, dan telefon bimbitnya.

Beliau dilaporkan telah membuat posting Facebook mengutuk sistem kehakiman berikutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan liwat pada 10 Februari.

Arutchelvan juga didakwa telah mengkritik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menahan kartunis politik Zunar atas kenyataan terhadap penghakiman Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, penyokong berkumpul di luar balai polis untuk memprotes penangkapan Arutchelvan.

Beliau diwakili oleh peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Latheefa Koya, Amer Hamzah, New Sin Yew, dan Bawani.
PSM, S. Arutchelvan, K.S. Bawani

Artikel Sebelum

Tukang Sapu Rayu Rumah PPRT

Artikel Berikut

Artikel Lain