1MDB Beroperasi Seiring Matlamatnya - Ahmad Husni - Semasa | mStar

1MDB Beroperasi Seiring Matlamatnya - Ahmad Husni

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) beroperasi seiring dengan matlamatnya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata 1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan.

"Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek yang akan mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan objektifnya," kata Ahmad Husni dalam kenyataan.

Pada 18 Februari, 1MDB mengumumkan hasil semakan semula strategik yang dilaksana pada Januari bahawa perniagaannya membolehkan syarikat memaksimumkan nilai untuk Kementerian Kewangan dan pada akhirnya rakyat Malaysia.
Ahmad Husni berkata setiap projek mempunyai strategi jelas dari segi penjanaan kewangan dan struktur tadbir urus yang akan memastikan kejayaan pada masa depan.

Selain itu katanya, adalah amat penting bagi 1MDB menumpukan kepada usaha mempertingkat kewangannya bagi memastikan penghasilan nilai maksimum kepada ekonomi.

Dalam pelaksanaan semakan semula strategik itu, 1MDB berkata ia menyedari matlamat dan misinya untuk menjadi pelaksana strategik idea dan sumber baharu pertumbuhan serta memacu ke arah pembangunan ekonomi yang mampan di Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal