suria

Bapa 'Pelajar Tukar Agama' Di Sabah Mahu Pindahkan Anak Ke Sekolah Lain

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip menunjukkan gambar Jilius Yapoo dalam mesyuarat mengenai anak perempuannya yang dikatakan telah mernukar agama tanpa pengetahuannya di SMK Kinarut 12 Februari lalu. -foto THE STAR/NORMIMIE DIUN
KOTA KINABALU: Ibu bapa kepada pelajar berusia 16 tahun yang dikatakan telah menukar agamanya kepada agama Islam akan memindahkan anaknya itu dan adik-beradiknya yang lain ke sekolah lain.

Bapa saudara pelajar berkenaan, Michael Frederick berkata ayah pelajar perempuan itu,  Jilius Yapoo dan isterinya telah mengambil keputusan untuk memindahkan empat anak mereka yang belajar di SMK Kinarut ke sekolah lain selepas cuti Tahun Baru Cina.

"Mereka bercadang untuk menghantar anak-anak mereka ke SMK Majakir di Papar atau sebuah sekolah di Kiulu," kata Michael yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Kaiduan di mana keluarga itu tinggal.

Beliau berkata Jilius dan isterinya akan membincangkan perkara itu dengan anak perempuan mereka dan tiga anaknya yang lain yang berumur antara 13 dan 15 tahun dan  belajar di SMK Kinarut.

Sekolah ini tersebut menjadi perhatian umum selepas anak perempuan Jilius didakwa memeluk Islam tanpa dimaklumkan kepada ibu bapanya mengenai perkara itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pelajar itu telah menyatakan minatnya untuk memeluk Islam sejak di Tahun Enam.

Beliau menambah, polis telah melancarkan siasatan terhadap kejadian itu selepas bapa pelajar itu membuat laporan polis apabila dimaklumkan oleh anaknya bahawa dia telah memeluk agama Islam.

Beliau berkata siasatan polis mendapati bahawa gadis itu masih beragama Kristian.

Jilius yang bekerja sebagai penoreh getah, menegaskan bahawa anaknya masih beragama Kristian sehingga berusia 18, yang mana dia boleh membuat keputusan mengenai agama dan kepercayaan hidupnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain