suria

Tuduh Perkasa Ekstremis: Ibrahim Ali Saman Joseph Kurup

Ibrahim Ali.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah memfailkan saman terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup atas dakwaan menuduh ia sebagai sebuah pertubuhan ekstremis. 

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali memfailkan saman tersebut melalui peguam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan, Adnan Seman di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini, pada Rabu. 

Dalam tuntutan yang difailkan, Perkasa mendakwa Kurup telah beberapa kali membuat tuduhan bersifat fitnah dan palsu terhadap pertubuhan berkenaan. 

Perkasa mendakwa perkataan tersebut membawa maksud NGO berkenaan sebagai sebuah pertubuhan ekstremis, dikaitkan dengan keganasan tidak harus diberikan ruang untuk bergiat aktif di negara ini.  

Menurut Ibrahim, perkataan tersebut juga membawa makna pertubuhan itu dibimbangi akan menimbulkan perpecahan dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. 

"Perkasa bukan ekstremis atau rasis. Mereka ingin menjadi Perkasa sebagai 'kambing hitam' . Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah dan menerima apa jua keputusan yang akan diputuskan," kata Ibrahim kepada pemberita selepas memfailkan saman berkenaan. 

Artikel Lain