suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar di Nepal

Keadaan di Devighat, daerah Nuwakot di Nepal sehari selepas bencana banjir besar melanda kawasan berkenaan pada Rabu. -Foto AFP

SERAMAI 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan kejadian banjir besar yang melanda Nepal pada Rabu.

“Di Nepal, 55 rakyat Malaysia dilaporkan masih tidak dapat dihubungi. Namun dua rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat dihubungi, akhirnya berjaya dihubungi.

“Usaha mencari dan menyelamat serta pengesahan masih diteruskan. Buat masa ini, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti antara 116 warga asing yang secara rasmi dilaporkan telah diselamatkan,” menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), pada Sabtu.

Dalam pada itu, kementerian turut memperluaskan bantuan konsular ke China susulan gangguan perjalanan yang berkaitan dengan kejadian di Nepal.

Ia memaklumkan, seramai 72 rakyat Malaysia yang berada di Darchen, China telah disahkan selamat dan kini menerima bantuan konsular daripada Kedutaan Malaysia di Beijing.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua rakyat Malaysia di Nepal berjaya dikesan, 55 lagi masih dalam carian

Bagaimanapun, 36 lagi rakyat Malaysia dilaporkan masih belum dapat dihubungi di beberapa kawasan di China yang terjejas akibat gangguan telekomunikasi.

“Pihak kementerian sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa China dan ahli keluarga untuk menghubungi mereka.

“Pada masa sama, laporan berkenaan sedang disemak silang (cross-check) dengan kes melibatkan rakyat Malaysia di Nepal bagi memastikan tiada pertindihan,” menurut kenyataan tersebut.

Wisma Putra turut memaklumkan bahawa bilik gerakannya terus beroperasi 24 jam bagi memantau perkembangan dan memastikan keselamatan serta keberadaan rakyat Malaysia yang terjejas dapat dikenal pasti.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan keluarga serta masyarakat.

Artikel Lain

Joey BPR meninggal dunia