Sebahagian rumah-rumah di sebuah perkampungan dilihat ditenggelami air berlumpur susulan banjir besar melanda Trishuli Bazar di daerah Nuwakot, Nepal. -Foto AFP
DUA daripada 57 rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan kejadian banjir besar dan tanah runtuh di Nepal dua hari lalu, dilaporkan sudah berjaya dikesan.Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan oleh Kementerian Luar Negeri menerusi Wisma Putra pada petang Jumaat seperti dipetik Bernama. Walau bagaimanapun keadaan kedua-dua individu terbabit serta lokasi mereka ditemukan belum diperincikan.ARTIKEL BERKAITAN: Polis keluar senarai nama 23 rakyat Malaysia hilang susulan bencana di NepalPenemuan tersebut menjadikan jumlah rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi seramai 55 orang berdasarkan laporan diterima Wisma Putra daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber berkaitan.Penemuan tersebut sekali gus menjadikan jumlah rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi seramai 55 orang.Terdahulu kejadian banjir tragis di Bhotekoshi yang berlaku pada 26 Ogos itu turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh sehingga menjejaskan hubungan komunikasi dan pergerakan di beberapa kawasan.Bencana itu meranapkan perkampungan, stesen janakuasa, jalan raya dan jambatan di sepanjang laluan yang menghubungkan Kathmandu dengan Lhasa serta sering digunakan pendaki dan kumpulan penziarah.Setakat Jumaat, sekurang-kurangnya 547 kematian direkodkan di Nepal dan lima lagi di Tibet, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban seramai 552 orang seperti dilaporkan Reuters.Usaha mengesan baki rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi sedang diteruskan bagi mengetahui keadaan serta keberadaan mereka. -The Star