suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes kematian Nur Qaira, guru didakwa terlibat dipindah sementara tunggu hasil siasatan

JPN Kedah sahkan guru didakwa terlibat kes itu ditukarkan sementara menunggu keputusan siasatan

SEORANG guru yang dipercayai terlibat dalam kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa meninggal dunia akibat masalah jantung selepas dipaksa menyertai aktiviti sukan telah ditukarkan sementara menunggu keputusan siasatan, menurut Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata guru berkenaan ditukarkan ke sekolah lain sejurus selepas siasatan awal dijalankan, dan menyifatkan tindakan itu sebagai langkah intervensi awal.

“Perkara ini telah dirujuk kepada Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi berhubung kes ini dan memberi ruang kepada JPN serta KPM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

JPN Kedah sahkan guru itu ditukarkan sementara menunggu keputusan siasatan

Fadhlina minta Unit Integriti KPM mengambil tindakan lanjut berhubung kematian Nur Qaira.

Sementara itu, sumber dalaman sekolah berkata kejadian membabitkan murid berkenaan berlaku pada 14 April ketika dia dilaporkan menyertai sesi pemilihan bagi acara larian 80 meter untuk kejohanan sukan sekolah.

“Murid itu mempunyai sejarah penyakit jantung sejak kecil. Selepas menyertai aktiviti sukan itu, dia jatuh sakit dan mula mendapatkan rawatan pada 17 April.

"Dia tidak hadir ke sekolah selama empat bulan dan satu aduan telah dibuat oleh keluarganya pada 10 Mei,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Unit Integriti KPM mengambil tindakan lanjut berhubung kematian Nur Qaira Alisha Ahmad ‘Ilwan, murid sebuah sekolah rendah di Kedah, mengikut peraturan dan undang undang yang berkuat kuasa.

Dia turut dimaklumkan bahawa JPN Kedah telah menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh keluarga kanak kanak berkenaan.

Sebelum ini, hantaran media sosial bapa mangsa tular selepas mendakwa anak perempuannya yang mempunyai masalah jantung diarahkan oleh seorang guru menyertai aktiviti larian ketika sesi pemilihan pasukan sukan sekolah, walaupun surat perubatan yang mengesahkan keadaan kesihatannya telah diserahkan.

Susulan kejadian itu, Nur Qaira Alisha didakwa terlantar dan perlu menggunakan bantuan oksigen sebelum dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7.49 malam Rabu lalu (26 Ogos). - The Star.

Artikel Lain