suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

55 orang rakyat Malaysia dilaporkan hilang di Nepal, tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini

Operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir besar Nepal dilakukan.

SERAMAI 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan bencana banjir besar yang melanda Nepal, namun setakat ini Kementerian Luar Negeri menegaskan belum menerima sebarang laporan pengesahan rasmi mengenai kemalangan jiwa.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, maklumat mengenai individu terbabit diperoleh daripada agensi pelancongan sebelum dikumpul dan disemak silang oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu.

Katanya, mereka kini disenaraikan sebagai individu yang masih hilang sementara agensi keselamatan Nepal menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut Mohamad Hasan, maklumat terkini daripada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu dan Kementerian Luar Nepal menunjukkan pihak berkuasa negara itu sedang giat mencari mangsa yang masih hilang.

Dalam pada itu, Wisma Putra menyatakan Kementerian Luar Negeri mengambil maklum mengenai maklumat tidak sahih yang tersebar di media sosial dan melalui sumber-sumber tidak rasmi lain berhubung kemungkinan berlakunya kemalangan jiwa membabitkan warga Malaysia.

Namun katanya, pada peringkat ini tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai kemalangan jiwa yang melibatkan warga Malaysia diterima.

Susulan itu, pihaknya menggesa orang awam untuk tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat tidak sahih.

Untuk rekod, banjir kilat besar itu melanda kawasan pergunungan di sempadan Nepal dan Tibet, China pada pagi Rabu selepas runtuhan ais, batu dan lumpur dari kawasan glasier memasuki sungai sebelum mencetuskan arus deras yang memusnahkan penempatan di sepanjang laluannya.

Sekurang-kurangnya 165 kematian dilaporkan manakala lebih 1,000 individu masih hilang di Nepal dan China, termasuk lebih 650 warga asing dari lebih 20 negara.

Artikel Lain