SEORANG ahli politik yang juga bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) bersama bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi tersebut.Perintah reman sehingga 2 September itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis. Menurut peguam yang mewakili kedua-dua individu berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.Terdahulu, kedua-dua lelaki berusia lingkungan 60-an yang masing-masing bergelar Datuk Seri dan Tan Sri tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.Mereka dilihat memakai pakaian lokap berwarna jingga serta bergari ketika dibawa masuk ke mahkamah.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pengerusi Tabung Haji antara 2 individu ditahan SPRM, permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya esokPada Rabu, media melaporkan bekas pengerusi TH yang juga ahli politik itu ditahan SPRM bagi membantu siasatan susulan pendedahan dan dapatan yang terkandung dalam laporan RCI berkenaan.Bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu berprofil tinggi tersebut bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.Pada Jumaat lalu, seorang bekas ketua pegawai eksekutif TH turut ditahan dan direman SPRM berhubung siasatan sama.Sebelum itu, tujuh individu lain telah ditahan bagi membantu siasatan berkaitan laporan RCI tersebut.Mereka terdiri daripada bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkapalan, pengarah syarikat pembinaan, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pegawai kanan pengurusan TH.Laporan RCI mengenai TH yang didedahkan kepada umum selepas selesai disiapkan empat tahun lalu mengandungi 25 syor utama untuk meningkatkan ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi itu.Antara syor utama dikemukakan ialah melarang ahli politik aktif daripada menganggotai lembaga pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik. -The Star