DUA pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenal pasti antara rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir kilat di Rasuwa, Nepal.Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad pada Khamis. Mereka adalah pendaki profesional Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa yang juga anggota pasukan khas jabatan berkenaan serta pegawai kanan JBPM, Mohd Sani Harul.Menurut Nor Hisham, mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia yang dalam perjalanan menuju ke Kem Pangkalan Everest (EBC).Kumpulan itu dilaporkan berlepas ke Nepal pada malam Isnin, 24 Ogos lalu."Mereka sedang dalam perjalanan menuju ke EBC. Mereka bukan melakukan pendakian tetapi aktiviti trekking dengan menaiki jip melalui laluan Tibet," katanya ketika dihubungi The Star.Dalam pada itu, kumpulan pendaki Malaysia yang berada di kawasan trekking Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal dilaporkan selamat susulan kejadian banjir kilat di sempadan Nepal-Tibet.Menerusi laporan Bernama Radio pada Khamis, pemandu pelancong bebas, Muhammad Hafizal Hamidon menyatakan pendaki Malaysia di kawasan ABC tidak terjejas kerana lokasi kejadian terletak jauh dari laluan trekking mereka.Terdahulu, media melaporkan lebih 50 pelancong Malaysia di Nepal dilaporkan masih gagal dihubungi ahli keluarga sejak banjir melanda negara berkenaan.Usaha mengesan dan mendapatkan perkembangan terkini mengenai keberadaan mereka sedang dijalankan.