BAU busuk yang mencurigakan membawa kepada penemuan mayat seorang individu di dalam ruang roda sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), pada pagi Khamis.Mayat yang masih belum dapat dikenal pasti jantinanya itu ditemukan kira-kira pukul 6.55 pagi oleh kakitangan kejuruteraan yang ditugaskan membuka ruang berkenaan. Pesawat terbabit dilaporkan tiba dari Tokyo, Jepun, kira-kira pukul 6.30 pagi, hanya 25 minit sebelum penemuan mengejutkan tersebut.Difahamkan, kakitangan terlibat pada awalnya terhidu bau busuk dari bahagian ruang roda pesawat sebelum membuka kompartmen berkenaan untuk melakukan pemeriksaan.Mereka kemudian menemukan mayat individu yang lengkap berpakaian kemeja putih dan seluar jean di dalam ruang sempit tersebut.Penemuan itu segera dilaporkan kepada bilik gerakan Balai Polis KLIA2 sebelum anggota forensik dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan serta siasatan lanjut.Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an dan berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih 72 jam sebelum ditemukan.Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mayat terbabit, sekali gus menyukarkan proses mengenal pasti identitinya.Siasatan masih dijalankan bagi menentukan identiti serta jantina mangsa, selain mengenal pasti punca sebenar kematian. -The Star