suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Momoyo tak halang pekerja solat, dakwaan wanita dipecat disebabkan salah faham

Seorang lelaki berkongsi premis isterinya bekerja.

KEDAI minuman dan ais krim Momoyo menegaskan pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana pekerja beragama Islam menunaikan solat.

Momoyo menerusi kenyataan menjelaskan isu seorang pekerja di cawangan Shah Alam, Selangor yang mendakwa dipecat kerana menunaikan solat pada 23 Ogos lalu dipercayai berpunca daripada salah faham. 

Pihak pengurusan juga memandang serius isu tersebut dan tindakan segera telah diambil untuk menyiasat kes berkenaan.

"Kami memohon maaf di atas kebimbangan berpunca daripada satu insiden baru-baru ini yang tersebar di media sosial membabitkan salah seorang kakitangan cawangan kami dan peraturan solat.

"Mana-mana pekerja yang beragama Islam di semua cawangan kami di seluruh negara sentiasa bebas untuk menunaikan solat tanpa pengecualian.

"Susulan siasatan dalaman mengenai isu ini, kami mendapati terdapat salah faham antara kakitangan terlibat dan individu bertanggungjawab di cawangan tersebut," kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa dipecat kerana pergi solat, Momoyo Malaysia jalankan siasatan

Momoyo juga memaklumkan telah melakukan pemeriksaan dengan pekerja beragama Islam lain untuk memastikan mereka tidak dihalang untuk menunaikan solat pada bila-bila masa.

"Momoyo menghormati kepercayaan agama setiap pekerja tanpa mengira bangsa atau agama.

"Hak untuk menunaikan solat semasa waktu bekerja tidak boleh dirundingkan dan kekal tegas menjadi komitmen syarikat," katanya.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham yang sama, Momoyo telah mengeluarkan notis rasmi kepada semua cawangan di seluruh negara.

"Solat adalah hak yang tidak boleh dihalang di samping latihan dipertingkatkan dan saluran secara langsung untuk kakitangan menyuarakan kebimbangan," katanya.

mStar pada Selasa melaporkan seorang lelaki mendakwa isterinya diarahkan berhenti kerja serta-merta selepas berlaku pertengkaran dengan majikan berkaitan waktu menunaikan solat.

Lelaki dikenali sebagai Mohamad Hakimi itu turut berkongsi salinan laporan polis yang dibuat isterinya berhubung kejadian tersebut.

Artikel Lain