suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dakwa dipecat kerana pergi solat, Momoyo Malaysia jalankan siasatan

Lelaki berkongsi premis isterinya bekerja.

SEORANG lelaki mendakwa isterinya diarahkan berhenti kerja serta-merta selepas berlaku pertengkaran dengan majikan berkaitan waktu menunaikan solat di sebuah kedai aiskrim, Momoyo di Shah Alam, Selangor.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Hakimi turut berkongsi salinan laporan polis yang dibuat isterinya berhubung kejadian pada Ahad.

"Isteri saya nak pergi solat, kena marah. Lepas tu kena pecat kerja serta-merta. Lokasi Seksyen 18," katanya. 

Berdasarkan laporan polis yang dikongsi, pertengkaran berlaku kira-kira pukul 8.30 malam berkaitan isu waktu menunaikan solat.

Dalam laporan tersebut, wanita itu mendakwa dia dan beberapa staf lain telah dimarahi kerana mereka pergi menunaikan solat secara berkala.

“Untuk makluman, kami pergi menunaikan solat secara bergilir-gilir dan bukannya secara beramai-ramai pada satu-satu masa,” menurut laporan tersebut.

Wanita itu mendakwa majikannya kemudian memberitahu dia tidak perlu hadir bekerja mulai keesokan harinya iaitu 24 Ogos 2026.

Tidak lama selepas itu, kira-kira pukul 11.20 malam, dia mendapati dirinya telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp kerja.

Menurut laporan berkenaan, wanita itu membuat laporan polis sebagai langkah menjaga kepentingan dirinya serta sebagai rekod sekiranya timbul sebarang pertikaian berkaitan pekerjaan, termasuk isu pembayaran gaji atau bayaran lain susulan pemberhentian tersebut.

Dia turut memaklumkan laporan itu boleh dijadikan rujukan kepada Pejabat Buruh sekiranya diperlukan kerana mendakwa diarahkan berhenti tanpa diberikan notis.

Sementara itu, Momoyo Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil serius perkara yang dibangkitkan dan sudah dimaklumkan mengenai laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Pada masa sama, pihak Momoyo Malaysia sedang berhubung dengan francais serta pengurus kawasan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lengkap dan menjalankan semakan dalaman.

“Memandangkan perkara ini sedang dalam siasatan, kami tidak mahu membuat sebarang kesimpulan sebelum semua fakta dapat disahkan,” menurut kenyataan itu.

 

Artikel Lain