suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunjuk pas kerja dekat pakcik 69 tahun, penganggur didenda dan dipenjara akibat menyamar pegawai SPRM

Mohd Izham diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Julai lalu.

SEORANG penganggur dihukum penjara tiga bulan dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret Selayang pada Isnin selepas mengaku bersalah menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd Izham Mohd Zainuddin, 34, menerima hukuman itu daripada Majistret Chai Guan Hock dan diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Julai lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjarakan selama sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mohd Izham didakwa memperkenalkan dirinya sebagai pegawai SPRM serta menunjukkan kad pas kerja yang tertera logo SPRM kepada seorang lelaki berusia 69 tahun, sedangkan tertuduh bukan seorang penjawat awam.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves, Selangor, mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda RM400 atau kedua-duanya sekali.

Dalam prosiding sama, Mohd Izham bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang wanita berusia 55 tahun dengan memperdaya mangsa supaya menyerahkan RM31,500 bagi tujuan membeli sebidang tanah di Kampung Muhibah Utama, Sungai Tinggi, Hulu Selangor.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 211, Jalan Besar Selayang Indah, Batu Caves, antara 2 Jun hingga 22 Jun 2026, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan, selain boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 November ini untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Birr Zamier Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -The Star

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk