SELANGOR mengisytiharkan 1 September sebagai cuti peristiwa khas selepas negeri itu muncul sebagai juara keseluruhan pungutan pingat Sukan Malaysia (Sukma) 2026.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan perkara itu ketika majlis penutupan temasya berkenaan pada Isnin malam. Selangor menduduki tempat teratas pungutan pingat dengan 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan 245 pingat.Tempat kedua pula disandang Wilayah Persekutuan dengan 51 emas, 24 perak dan 52 gangsa, dengan jumlah keseluruhan 157 pingat.Pengumuman itu bermakna rakyat Selangor akan bercuti panjang bermula Sabtu hingga Selasa.Ini kerana 31 Ogos (Isnin) juga merupakan cuti peristiwa bagi rakyat Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026.