TAMAN Tema Sunway menzahirkan rasa kesal susulan insiden membabitkan salah satu tarikan di Sunway Lagoon pada Sabtu lalu.Pihak pengurusan berkata, mereka amat prihatin dengan semua 10 mangsa terlibat termasuk keadaan serta kesulitan dialami mereka bersama keluarga masing-masing. “Sejak insiden tersebut, tumpuan utama kami adalah terhadap penjagaan dan kesihatan pengunjung yang terlibat.“Kami telah menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan serta terus berhubung rapat dengan pengunjung dan keluarga mereka,” kata kenyataan tersebut pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Sepuluh cedera naik ‘roller coaster’ di Subang JayaDalam pada itu, Taman Tema Sunway memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden berkenaan.Pihak pengurusan turut memberi jaminan akan terus memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan, termasuk dengan pihak berkuasa dan individu yang terlibat.“Taman Tema Sunway memandang serius perkara ini dan kekal komited sepenuhnya untuk memastikan semua tarikan serta fasiliti kami mencapai tahap keselamatan tertinggi.“Keselamatan dan keyakinan para pengunjung akan terus menjadi keutamaan kami,” katanya.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata 10 pengunjung cedera dalam satu kemalangan semasa menaiki permainan roller coaster.Menurutnya, kemalangan berlaku kira-kira pukul 9 malam Sabtu ketika 22 pengunjung tempatan dan warga asing sedang menaiki permainan berkenaan.Kesemua pengunjung yang terlibat berusia antara 11 hingga 44 tahun.