suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

16 kawasan di Malaysia catat IPU tidak sihat... KL, Putrajaya dan Shah Alam turut tersenarai

16 kawasan di Malaysia catat IPU tidak sihat.

SEBANYAK 16 kawasan di Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9 pagi Rabu, demikian menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).

Di Sarawak, tiga kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Seri Aman dengan bacaan IPU 166, IPD Serian (164) dan Samarahan (162).

Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan IPU 162, manakala di Kuala Lumpur, Cheras mencatatkan bacaan 159 dan Putrajaya pula 158.

Di Selangor, Shah Alam merekodkan bacaan IPU 157.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu makin tebal... 12 kawasan di Malaysia catat IPU tidak sihat, Serian paling teruk

Sebanyak 50 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan, iaitu Kangar, Perlis dan Langkawi, Kedah, merekodkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara. - The Star.

 

Artikel Lain