suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasib 54 rakyat Malaysia di Nepal belum diketahui, usaha mencari sedang giat dijalankan

Keadaan semasa akibat bencana banjir besar yang melanda kawasan sempadan Nepal-China. -Foto EPA

SERAMAI 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan bencana banjir besar yang melanda kawasan sempadan Nepal-China dengan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan pihak berkuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kedutaan Malaysia di Kathmandu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas dalam bencana berkenaan.

Anwar berkata, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh turut akan dikerahkan bagi memperkukuh usaha bantuan dan mengesan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.

"Saya amat prihatin selepas dimaklumkan Kementerian Luar bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini.

"Usaha untuk mengesan mereka dan mendapatkan perkembangan mengenai keadaan mereka sedang giat dijalankan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir besar melanda Nepal, 11 rakyat Malaysia gagal dihubungi

Anwar berkata, beliau turut mengarahkan supaya segala sumber dan bantuan diperlukan disediakan kepada misi Malaysia di Nepal sehingga semua rakyat Malaysia yang terjejas dapat dikenal pasti dan keluarga mereka mendapat sokongan sewajarnya.

Dalam pada itu, Anwar turut menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Nepal serta China susulan bencana yang mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang di Nepal.

Banjir besar berkenaan berlaku selepas aliran deras lumpur dan serpihan melanda kawasan berhampiran sempadan Nepal-China, menyebabkan rumah, kenderaan dan bangunan dihanyutkan.

Pihak berkuasa Nepal turut melaporkan ratusan pelancong masih belum dapat dikesan selepas kejadian itu, termasuk warga asing antaranya rakyat Malaysia.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada anggota pasukan mencari dan menyelamat yang bertungkus-lumus menjalankan operasi dalam keadaan sukar.

"Fikiran dan doa kita bersama semua yang terjejas," katanya.

Artikel Lain