Dua individu itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji. -Gambar hiasan
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.Seorang lagi individu yang ditahan adalah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Kedua-dua individu lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang Rabu selepas hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya.ARTIKEL BERKAITAN: Dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari, bekas CEO Tabung Haji direman tujuh hariMereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi permohonan reman.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan berkenaan ketika dihubungi.Terdahulu, media melaporkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) direman tujuh hari bermula 21 Ogos kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan wang pelaburan dan saham bernilai RM190 juta.Ia susulan pendedahan laporan RCI pada 29 Julai lalu bahawa TH mengalami kerugian hampir RM10 bilion akibat kegagalan mematuhi peraturan dan kesilapan dalam pelaburan sejak 2014.