suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tak berbaju santai rendam kaki dalam kolam KLCC! Kena halau pun buat muka tak bersalah, siap sempat basuh ketiak

Aksi seorang lelaki dipercayai warga asing yang selamba bersantai di kolam air pancut dekat pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur mencuri tumpuan warga maya. -Foto Threads

TARIKAN kolam air pancut dan wading pool (kolam air cetek) di pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur sememangnya menjadi antara lokasi tumpuan pengunjung untuk bersantai dan menikmati suasana sekitar.

Namun, keindahan kawasan berkenaan turut mencuri perhatian dengan gelagat seorang lelaki dewasa dipercayai warga asing yang selamba berendam di dalam kolam berkenaan.

Menerusi satu rakaman yang tular di media sosial, lelaki terbabit dilihat bersantai sambil merendamkan kaki di dalam kolam tanpa menghiraukan beberapa pengunjung yang berada di sekitar lokasi.

Lebih mencuri perhatian, lelaki berkenaan hanya memakai seluar pendek berwarna kuning dan tidak berbaju ketika menikmati waktu santainya di dalam kolam tersebut.

Bagaimanapun, aksinya tidak berpanjangan apabila seorang anggota polis bantuan dilihat datang menegurnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dakwaan Rohingya datang buat MyKad, JPN perjelas situasi sebenar... Minta masyarakat semak fakta sebelum sebar fitnah

Lelaki terbabit kemudiannya segera keluar dari kolam berkenaan selepas ditegur.

Dalam keadaan tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku, lelaki itu dilihat sempat membasuh bahagian lengan dan ketiaknya sebelum beredar meninggalkan kawasan kolam tersebut.

Rakaman kejadian yang berlaku pada petang Selasa itu menjadi tular selepas dikongsikan seorang individu menggunakan akaun @_amyyyrhmn di Threads.

“Kejadian petang tadi (Selasa). Terkejut aku tetiba muncul tak tahu dari mana. Nasib baik dia tak sempat berenang dalam air.

“Kalau tak, jadi water theme park dah situ,” tulisnya.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ada yang terhibur melihat gelagat lelaki terbabit, namun tidak kurang juga yang meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakannya.

“Sempat basuh ketiak. Aku rasa macam nak bagi penampar aje jenis.”

“Kau dah kenapa nak mandi tengah-tengah alam?” demikian antara komen netizen.

Ada dalam kalangan warga maya juga mencadangkan supaya polis bantuan yang membuat rondaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu didapati membuat 'onar' hingga mencacatkan pemandangan di kawasan menara ikonik berkenaan. 

Artikel Lain