Ismail Sabri dijangka didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis. -ART CHEN/The Star
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.Peguam bela yang mewakili Ismail Sabri, Datuk Amer Hamzah Arshad mengesahkan tersebut. “Ya, beliau akan didakwa esok (Khamis) di Mahkamah Sesyen,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.Sebelum ini, prosiding berkaitan Ahli Parlimen Bera itu ditangguhkan susulan keadaan kesihatannya.Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin pada 7 Ogos lalu menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh bagi pembacaan pertuduhan dan merekodkan pengakuan Ismail Sabri.ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi dakwa di IJN, prosiding kes pengisytiharan harta Ismail Sabri tangguh 27 OgosSuzana berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan kesihatan tertuduh serta permohonan daripada pihak pembelaan yang dipersetujui pihak pendakwaan.“Dengan mengambil kira keadaan kesihatan tertuduh dan atas permohonan peguam bela yang telah dipersetujui pihak pendakwaan mahkamah membenarkan prosiding pembacaan pertuduhan dan merekodkan pengakuan dilakukan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos,” katanya.Sementara itu, Amer Hamzah merakamkan penghargaan kepada pihak pendakwaan kerana memahami keadaan anak guamnya.Ujarnya, bekas Perdana Menteri itu sudah mengalami masalah kesihatan ketika keterangannya direkodkan di Ibu Pejabat SPRM pada 6 Ogos lalu.Menurutnya, Ismail Sabri juga masih berada di bawah jaminan SPRM dan tiada kebimbangan bahawa beliau akan melarikan diri.Ismail Sabri selamat menjalani prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar bagi merawat masalah jantung tidak normal di Institut Jantung Negara (IJN), pada 7 Ogos. -The Star