SEORANG bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji (TH) direman tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Perintah reman yang berkuat kuasa sehingga 27 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah pada Jumaat selepas permohonan dibuat oleh SPRM. Terdahulu, lelaki berusia lingkungan 60-an itu tiba ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi prosiding reman berkaitan siasatan kes yang dikaitkan dengan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.ARTIKEL BERKAITAN: Empat bekas pegawai kanan Tabung Haji antara tujuh individu ditahan SPRMLelaki itu tiba dalam keadaan tangan bergari kira-kira pukul 9.35 pagi dengan memakai baju reman berwarna jingga milik SPRM.Laporan RIC mengenai TH yang dimuat naik di portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu, antara lain mengesyorkan audit forensik dijalankan bagi meneliti bagaimana keputusan pelaburan terdahulu dibuat sehingga menyebabkan TH mengalami kemerosotan nilai aset yang ketara.Laporan RCI yang menyiasat isu berkaitan pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.