TIGA individu ditemukan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah akibat kebakaran sebuah rumah di Kampung Darau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada awal pagi Jumaat.Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Loupin Adow, 67, anak lelakinya, Azman Maduin, 50, serta cucunya, Nurul Asyiqin Alinor, 29. Mangsa yang terselamat dipercayai suami Nurul Asyiqin, berusia 34 tahun.Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.43 pagi."Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas tiba di lokasi pada 1.50 pagi."Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati rumah berkenaan musnah dan tiga mangsa ditemukan meninggal dunia, manakala seorang mangsa yang mengalami kecederaan melecur dihantar ke hospital oleh jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut," menurut kenyataan itu.Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran salur sepanjang 200 kaki dan dua pancutan air daripada tangki jentera bomba sehingga kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.10 pagi.Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.19 pagi."Seramai 17 anggota bomba termasuk anggota dari BBP Lintas bersama sebuah FRT, jentera EMRS dan tiga kenderaan pacuan empat roda berada di lokasi," menurut kenyataan itu.Operasi pemadaman dan menyelamat turut dibantu sembilan anggota polis, tiga pegawai Kementerian Kesihatan serta dua kakitangan Sabah Electricity. - The Star.