Pengguna jalan raya perlu sentiasa berwaspada bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diiningi. -Gambar hiasan
DUA penunggang basikal maut selepas mereka dilanggar sebuah kenderaan di KM9.0 Jalan Persiaran Selatan, Putrajaya.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 10.15 malam Khamis. Ia melibatkan sebuah kenderaan yang dipandu lelaki tempatan berusia 40-an serta dua penunggang basikal lelaki, masing-masing berusia 40-an dan 30-an.“Siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan menukar arah dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua penunggang basikal.“Akibat kemalangan itu, kedua-dua penunggang basikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan kepala,” katanya.Dia berkata siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Aidi Sham meminta orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-8886 2138 atau mana-mana balai polis berhampiran.