Ramai mudah terpedaya dengan sindiket penipuan hingga mengalami kerugian yang besar. -Gambar hiasan AI
AHLI keluarga kepada empat individu yang ditemukan meninggal dunia di sebuah kondominium di Desa ParkCity, Kepong, pada Khamis lalu, mengetahui dan sedar semua mangsa terjebak dengan sindiket love scam dan pelaburan haram.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, bagaimanapun, perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa. "Ahli keluarga mengetahui mengenai isu love scam dan mangsa telah terjebak dalam pelaburan haram."Dakwaan mengenai love scam, kewujudan scammer serta kerugian dan hutang RM260,000 masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sementara itu, Fadil memaklumkan bedah siasat terhadap tiga daripada empat mangsa selesai dijalankan, dengan kesemuanya didapati mengalami kecederaan akibat senjata tajam.Ujarnya, hasil bedah siasat terhadap anak perempuan pasangan berkenaan yang dilakukan pada Jumaat mendapati mangsa meninggal dunia akibat luka tikaman di leher.ARTIKEL BERKAITAN: Rider rugi lebih RM63,000 gara-gara ‘love scam’, terpedaya gambar pelakon Hong KongBedah siasat kedua membabitkan isteri suspek dilakukan pada hari sama, bermula kira-kira pukul 2 petang hingga 7.30 malam."Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan disebabkan senjata tajam di bahagian leher dan dada."Bedah siasat terhadap mangsa ketiga, iaitu anak lelaki pasangan berkenaan, turut dijalankan pada hari sama dari pukul 2 petang hingga 5 petang."Kanak-kanak itu juga didapati meninggal dunia akibat luka tikaman di leher," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, bedah siasat terhadap suspek yang juga bapa dan suami kepada mangsa dijadualkan pada Sabtu selepas pemeriksaan di lokasi kejadian selesai dijalankan."Keempat-empat mayat masih belum dituntut dan hanya akan dituntut selepas bedah siasat terhadap suspek (bapa) selesai," katanya.Pada Khamis, media melaporkan seorang lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari kondominium di Desa ParkCity, Kepong.Sementara itu, isterinya yang berusia 47 tahun serta dua anak mereka ditemukan meninggal dunia di unit kediaman keluarga berkenaan dalam bilik berasingan.Pada Jumaat, polis memaklumkan kematian empat sekeluarga berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket love scam yang menyebabkan kerugian hingga terpaksa menanggung hutang berjumlah RM260,000.Siasatan awal turut mendapati suspek dipercayai meninggalkan satu nota di atas meja makan sebelum kejadian.Menurut Fadil, nota berkenaan antara lain menyatakan penyesalan suspek terhadap isterinya yang didakwa masih cuba menghubungi individu yang dipercayai terlibat dalam penipuan tersebut. -The Star