suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Operasi padam kebakaran hutan cetus kemarahan pengusaha kolam pancing! Tak restu helikopter ‘cedok’ air tanpa kebenaran

Jailani mendakwa banyak ikan ternakannya mati disebabkan isipadu air kolam semakin berkurang. -Foto Kompas

TINDAKAN sebuah helikopter pengebom air mengambil air dari sebuah kolam pancing untuk operasi memadam kebakaran hutan mencetuskan rasa kesal pemiliknya di Kalimantan Selatan, Indonesia.

Ahmad Jailani yang mengusahakan kolam pancing di Kampung Cindai Alus, Martapura, di daerah Banjar mendakwa tindakan itu menyebabkan paras air kolamnya berkurangan secara drastik sekali gus bakal menjejaskan satu-satunya pendapatan keluarganya.

Ia berikutan, kolam berkenaan menempatkan kira-kira dua tan ikan pelbagai jenis dan digunakan khusus untuk aktiviti memancing.

"Kolam saya khusus untuk memancing dan mengandungi dua tan ikan pelbagai jenis.

"Ikan-ikan jadi stres kerana helikopter tersebut... banyak yang sudah mati," katanya.

Pengambilan air itu berlaku pada Khamis ketika helikopter berkenaan terbang rendah di atas kolam tersebut.

Jailani bersama beberapa pekerjanya cuba memberikan isyarat kepada juruterbang supaya tidak mengambil air dari kolam berkenaan.

Bagaimanapun, helikopter itu tetap mengambil air sebelum kembali beberapa kali bagi tujuan sama.

"Kami sudah memberikan isyarat supaya tidak mengambil air dari kolam ini, tetapi mereka masih melakukannya," jelas Jailani yang kecewa dengan tindakan pihak berkuasa terbabit.

Lebih menambah rasa bimbang apabila pengambilan air secara berulang kali itu menyebabkan paras air kolam yang diusahakan sejak 2010 semakin berkurangan sehingga menjejaskan keadaan ikan yang diternak.

Tambahan pula dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memastikan kolamnya mempunyai bekalan air mencukupi sepanjang musim kemarau.

"Ketika musim kemarau, kami cuba mengekalkan bekalan air dengan mengisinya menggunakan pikap yang dilengkapi tangki air, setiap muatan menelan belanja kira-kira 600,000 rupiah (RM150)," jelasnya. -Agensi

Artikel Lain

Joey BPR meninggal dunia