SEORANG pensyarah lelaki warga China yang dituduh membunuh bekas pelajarnya sebelum memotong tubuh mangsa dan membuang cebisan mayat di beberapa lokasi, enggan menjalani ujian psikopati.Suspek yang dikenali sebagai Jeong pada awalnya bersetuju menjalani penilaian tersebut, namun kemudiannya menarik balik persetujuan diberikan. Menurut Balai Polis Gyeongsan di Wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan, ujian berkenaan sukar dilaksanakan tanpa persetujuan suspek kerana proses tersebut memerlukan sesi temu bual.Polis tidak menolak kemungkinan keengganan tersebut disebabkan rasa bimbang keputusannya boleh memberi kesan terhadap prosiding mahkamah kelak.Terdahulu, suspek dituduh membunuh seorang pelajar antarabangsa warga China berusia 25 tahun di kediamannya di Hayang-eup, Gyeongsan pada awal pagi 20 Ogos.Mangsa difahamkan merupakan bekas pelajarnya.Lebih mengerikan, suspek turut disyaki memotong tubuh wanita berkenaan sebelum membuang cebisan mayatnya di beberapa lokasi berasingan di seluruh negara.Apa yang mengejutkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan penempatannya memaparkan dia keluar dari kediaman tersebut dengan berpakaian seperti wanita.Polis pada Khamis memaklumkan bahawa Jeong mengaku membunuh wanita itu ketika disoal siasat.Suspek turut memberitahu penyiasat bahawa dia membuang bahagian tubuh mangsa di beberapa lokasi termasuk sekitar Gyeongsan dan Wilayah Gyeonggi selepas melakukan pembunuhan tersebut.Pihak berkuasa kini meneruskan operasi pencarian di sekitar kawasan yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang cebisan mayat mangsa. -Agensi