GARA-GARA gagal melunaskan bil di sebuah premis hiburan, rambut seorang pelanggan wanita dicukur oleh pengurus lokasi tersebut.Rakaman kejadian itu kemudian tular sehingga mengundang kecaman ramai, selain tercetus desakan supaya polis menyiasat tindakan pengurus berkenaan yang didakwa keterlaluan dan menyalahi undang-undang. Berdasarkan laporan, insiden yang berlaku itu mendapat perhatian selepas wakil Yayasan Pen Nueng, Chalida Phalamat berkongsi rakaman pada 27 Ogos yang menunjukkan kepala wanita itu dicukur menggunakan mesin.Selepas tindakan berkenaan, pelanggan tersebut dilaporkan dibawa ke balai polis sebelum dituduh menikmati perkhidmatan di premis terbabit tanpa membuat pembayaran yang dianggarkan mencecah 60,000 baht (RM7,900).Menyedari situasi tersebut menjadi tular, pihak pengurusan premis hiburan tersebut mendakwa bahawa wanita terbabit menggunakan kad pengenalan palsu untuk masuk pada Selasa.Tidak hanya itu dia turut didakwa tidak mempunyai wang bagi melunaskan bil.Malah, terdapat dakwaan bahawa dia pernah melakukan perbuatan sama di beberapa premis lain dengan mengelak daripada membuat bayaran.Pengurus terbabit kemudian didakwa meminta wanita itu menandatangani perjanjian untuk menjual keseluruhan rambutnya pada harga 3,000 baht (RM395), sebelum ia dipotong dan dicukur sehingga botak.Mengulas kejadian tersebut, Chalida berkata dia bersimpati dengan kerugian ditanggung pihak bar serta memahami tanggungjawab pengurus itu terhadap pekerjanya.Namun, tindakan mencukur rambut pelanggan berkenaan dianggap keterlaluan, sekali gus menimbulkan persoalan mengapa laporan polis tidak dibuat sejak awal tanpa perlu mengambil tindakan sendiri. -Agensi