suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi dapatkan semula kad pengenalan, banduan lolos penjara nekad ‘terjah’ balai polis sebelum lari

Pelaku jenayah akan diberkas polis bagi tujuan hukuman. -Gambar hiasan AI

SEORANG banduan yang meloloskan diri dari penjara mengundang perhatian masyarakat apabila selamba muncul semula di sebuah balai polis semata-mata mahu mendapatkan semula kad pengenalannya.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 28 tahun itu sekali lagi berjaya melarikan diri selepas menyedari dirinya hampir dikenali anggota polis yang berada di balai berkenaan.

Kejadian pelik di Kerala, India itu membabitkan Madhur Jya Sonowal yang berasal dari Dhemaji, Assam.

Menurut laporan Onmanorama, suspek sebelum itu ditahan berhubung kes kecurian telefon bimbit milik seorang pekerja di sebuah kilang papan di kawasan perindustrian Edathala.

Dia ditahan polis Perumbavoor selepas gerak-gerinya menimbulkan curiga ketika cuba menjual telefon bimbit yang dicuri di sebuah kedai.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada polis Edathala pada 23 Ogos lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah dan direman di Penjara Aluva.

Bagaimanapun hanya sehari kemudian, dia mengambil kesempatan ketika banduan dibenarkan keluar dari sel untuk aktiviti riadah dan mandi pada petang 24 Ogos.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 4 petang, dia memanjat tembok penjara berhampiran bahagian dapur sebelum berjaya meloloskan diri.

Kehilangannya hanya disedari ketika proses pengiraan banduan dilakukan sebelum mereka dimasukkan semula ke dalam sel.

Tidak lama selepas melarikan diri, dia bertindak nekad dengan berjalan masuk ke Balai Polis Perumbavoor untuk meminta kad pengenalan miliknya dikembalikan.

Dokumen pengenalan diri itu berada dalam simpanan pihak berkuasa susulan penahanannya sebelum ini.

Difahamkan, pada masa tersebut, anggota yang bertugas ketika itu tidak mengenalinya sebagai banduan yang sedang diburu.

Namun dia kemudiannya ternampak seorang anggota polis yang pernah terlibat dalam penahanannya.

Dia yang bimbang identitinya terbongkar segera melarikan diri dari balai berkenaan sebelum sempat diberkas. -Agensi

Artikel Lain