Individu yang membuat jenaka mengenai bom atau bahan letupan dianggap melakukan kesalahan jenayah. -Gambar hiasan
GURAUAN seorang pelajar kolej tahun pertama ketika pemeriksaan keselamatan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia ditahan polis gara-gara membuat jenaka mengenai bom.Kejadian berlaku pada Selasa, di pintu masuk sebuah kolej di bandar Argao, selatan Cebu, Filipina. Ketika pengawal keselamatan sedang memeriksa begnya, pelajar berusia 20 tahun itu secara berseloroh berkata, “Mungkin ada bom di dalamnya dan ia mungkin meletup”.Bagaimanapun, pengawal keselamatan berkenaan tidak menganggap perkara itu sebagai gurauan.Dia kemudian menahan pelajar berkenaan kerana bimbang akan ancaman keselamatan susulan kenyataan dikeluarkan.Pengawal itu kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar sebelum Dekan menghubungi polis kerana menyedari perkara tersebut boleh mendatangkan risiko keselamatan.Pelajar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.Menurut penyiasat Balai Polis Argao, Sarjan Staf Mark Anthony Dicdican, pertuduhan terhadap pelajar itu telah difailkan pada Rabu.Katanya, pelajar terbabit didakwa melanggar Dekri Presiden No. 1727 yang memperuntukkan hukuman terhadap penyebaran maklumat palsu dan berniat jahat berkaitan bom atau bahan letupan.Polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang jenaka berkaitan bom, sama ada di lapangan terbang, pengangkutan awam atau kawasan institusi pendidikan. -Agensi