suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Premis milik kartel dadah diserbu... Polis rampas 113 kenderaan, dua ekor harimau dan seekor singa!

Haiwan liar seperti harimau tidak sepatutnya disimpan untuk koleksi peribadi. -Gambar hiasan AI

SEEKOR harimau, singa dan harimau kumbang hitam antara haiwan eksotik yang ditemukan pihak berkuasa dalam serbuan terhadap beberapa premis dipercayai milik kumpulan kartel dadah berbahaya.

Serbuan oleh Polis Mexico yang dijalankan di Hidalgo, Jalisco dan Michoacán itu turut menyaksikan 20 individu disyaki anggota kartel Jalisco New Generation (CJNG) ditahan.

Dalam operasi di Jalisco, pasukan keselamatan merampas seekor harimau kumbang hitam, seekor harimau dan seekor singa, selain lembu, babi serta 77 ekor unggas ternakan.

Menurut kenyataan Kabinet Keselamatan Mexico, operasi sama turut membawa kepada rampasan 113 kenderaan, 10 senjata api, kelongsong peluru, peluru, sejumlah dadah, barang kemas, wang tunai, peralatan komunikasi, sebuah dron dan alat pengganggu isyarat dron.

Ketua Sekretariat Keselamatan dan Perlindungan Rakyat (SSPC), Omar García Harfuch, berkata operasi berkenaan bertujuan untuk melemahkan keupayaan operasi, logistik dan kewangan kartel secara berterusan.

Nasib harimau, singa dan harimau kumbang hitam yang dirampas itu masih belum diketahui.

Bagaimanapun, dalam kes terdahulu, haiwan eksotik yang dirampas pihak berkuasa Mexico pernah dipindahkan ke pusat pengurusan hidupan liar bertauliah, pusat perlindungan atau zoo yang mempunyai kemudahan sesuai bagi memastikan keselamatan dan penjagaan jangka panjang mereka. Agensi.

Artikel Lain