suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Budak perempuan 9 tahun parah, diserang anjing pitbull ketika bermain

Anjing terbabit kini sudah dikuarantin dan dipindahkan keluar dari kawasan perumahan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun mengalami kecederaan serius selepas diserang seekor anjing jenis pitbull pada Ahad.

Menurut polis, kejadian berlaku ketika anjing milik seorang penduduk yang diikat tiba-tiba terlepas sebelum memasuki kawasan perumahan.

“Ketika mangsa sedang bermain di jalan perumahan, anjing itu tiba-tiba datang dari arah kampung dan terus menggigit mangsa,” kata Ketua Polis Pameungpeuk, Komisioner Asep Dedi.

Kejadian dilaporkan berlaku di Grand Cendana Residence Complex, Desa Wargaluyu, Arjasari, Bandung, Indonesia. [Tonton Video]

Anjing terbabit kini sudah dikuarantin dan dipindahkan keluar dari kawasan perumahan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Wilayah Welas Asih untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala serta telinga.

Mangsa turut menjalani pembedahan pada malam kejadian dan kini berada di wad pemulihan.

Asep berkata, pemilik anjing berkenaan turut memberikan kerjasama kepada pihak polis dan turut membantu mangsa sepanjang menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, polis mengingatkan pemilik haiwan peliharaan berisiko tinggi supaya memastikan haiwan mereka dikawal dengan baik demi keselamatan orang awam.

Katanya, pemilik boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya kecuaian menyebabkan orang lain mengalami kecederaan serius, dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun. -Agensi

Artikel Lain