suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gurauan simbah sos tomato pada warga emas bawa padah, empat remaja ditahan polis

Tindakan tidak bermoral boleh mengundang rasa kurang senang masyarakat. -Gambar hiasan AI

 

HANYA kerana mahu melihat reaksi lucu mangsa, empat pelajar lelaki tergamak menyimbah sos tomato yang dicuri dari sebuah pasar raya ke muka seorang warga emas ketika menunggang basikal.

Perbuatan dianggap sebagai gurauan itu bagaimanapun membawa padah apabila kesemua pelajar tahun pertama sekolah menengah atas berkenaan ditahan polis atas dakwaan terlibat dalam kejadian di Katsushika Ward, Tokyo, Jepun pada Jun lalu.

Berdasarkan laporan pada Isnin, mangsa merupakan seorang wanita berusia lingkungan 70-an yang berada di jalan berkenaan ketika kumpulan remaja tersebut melalui kawasan itu dengan menaiki basikal.

Akibat perbuatan mereka, sos tomato terkena pada bahagian mata wanita terbabit, namun dia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Jabatan Polis Metropolitan Tokyo, seorang suspek berusia 15 tahun dipercayai menjadi individu yang mencetuskan idea untuk melakukan perbuatan tersebut.

"Jom baling sos tomato pada dia," demikian antara kata-kata yang didakwa dilontarkan remaja itu kepada tiga rakannya sebelum kejadian.

Siasatan turut mendapati sebelum menyimbah mangsa, kumpulan tersebut dipercayai mencuri 24 barangan termasuk sos tomato dan telur mentah dari sebuah pasar raya di Edogawa Ward.

Ketika disoal siasat, tiga daripada empat suspek mengaku melakukan perbuatan berkenaan dengan alasan mahu melihat reaksi mangsa.

"Kami lakukannya kerana fikir reaksi orang yang terkena sos itu akan kelihatan lucu," kata mereka.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek menafikan dakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Kes tersebut mendapat perhatian kerana tindakan kumpulan remaja berkenaan yang pada awalnya sekadar mahu berseronok akhirnya membawa kepada penahanan mereka oleh pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain