suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sanggup terima penceraian, bekas polis tikam isteri lepas setahun tinggal berasingan

Penahanan suspek dibuat bagi membantu siasatan lanjut. -Gambar hiasan AI

SEORANG bekas anggota polis yang dilaporkan hilang oleh keluarganya ditahan selepas disyaki menikam isterinya sehingga maut.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Suspek yang menetap di Seoul dipercayai menyerang mangsa di kediamannya di Seogwipo ketika pasangan berkenaan sedang melalui proses perceraian dan tinggal secara berasingan.

Dia berjaya ditahan polis Seogwipo di wilayah Gyeonggi kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada Selasa.

Menurut polis, suspek disyaki menikam isterinya sehingga maut kira-kira pukul 7 malam Isnin di kediaman mangsa di Seogwipo.

Pasangan berkenaan difahamkan sedang melalui proses perceraian dan sudah tinggal berasingan sejak tahun lalu.

Sebelum kejadian, keluarga suspek membuat laporan orang hilang kira-kira pukul 1.52 petang Ahad selepas gagal mengesannya.

Susulan laporan berkenaan, polis Seoul meminta bantuan anggota di Guri, wilayah Gyeonggi yang diketahui sering dikunjungi lelaki itu, selain pihak berkuasa di Seogwipo untuk membantu mengesannya.

Polis Seogwipo kemudian pergi ke kediaman isterinya, membunyikan loceng pintu serta siren namun beredar selepas tidak melihat sebarang pergerakan dari dalam rumah.

Bagaimanapun, anggota polis kembali ke kediaman tersebut pada sebelah petang sebelum menyedari terdapat tingkap yang pecah.

Mereka kemudian memasuki rumah berkenaan dan menemukan wanita itu sudah meninggal dunia.

Siasatan mendapati suspek pernah berkhidmat sebagai anggota polis selama enam tahun di Pulau Jeju sebelum bersara daripada pasukan berkenaan. -Agensi

Artikel Lain