suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cakap pun melalut! Mat Saleh kelar leher polis guna pisau utiliti rupanya mabuk, siap positif syabu

Lelaki itu kini kekal dalam tahanan sementara prosiding undang-undang seterusnya. -Foto Siamrath

PERBUATAN mencuri barangan di sebuah kedai serbaneka bertukar tragedi apabila seorang lelaki warga asing tergamak menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau.

Suspek, Alexander Troy Lopez, 29, pada awalnya dikatakan mencuri beberapa barangan di sebuah kedai 7-Eleven di Sua Pa, Bangkok, Thailand pada pagi Jumaat, 21 Ogos lalu.

Kejadian menjadi cemas apabila seorang anggota polis yang sedang melakukan rondaan bertindak menghampirinya, menyebabkan lelaki warga Amerika Syarikat itu hilang kawalan dan mula bertindak ganas.

Anggota polis terbabit mengalami cedera parah selepas dikelar di bahagian leher sebelum dibawa ke pusat perubatan di Bangkok, dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Lopez kemudian berjaya ditahan di kawasan berhampiran, kurang 30 minit selepas serangan berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai majlis bandaraya didakwa kutip kompaun secara haram, pelancong asing jadi sasaran

Polis turut merampas sebilah pisau utiliti berwarna kuning yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut.

Menurut polis, Lopez pada awalnya bercakap tidak jelas dan enggan memberikan kerjasama, dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Ujian air kencing awal turut mengesan kehadiran methamphetamine dalam badannya.

Polis berkata sebarang pertuduhan tambahan berkaitan dadah bergantung kepada keputusan ujian perubatan, termasuk ujian darah dan pemeriksaan lanjut.

Pihak berkuasa juga sedang menyemak latar belakang Lopez serta status imigresennya di Thailand, selain mengumpulkan bukti bagi membantu siasatan.

Lopez kini diletakkan dalam tahanan sementara prosiding undang-undang seterusnya. -Agensi

Artikel Lain